Sila baca syarat dan polisi berikut sebelum membuat tempahan. Tempahan yang dibuat bermakna anda bersetuju dengan terma di bawah.
Please read the following terms and policies before booking. Making a reservation means you agree to the terms below.
1. Kelayakan Penginapan / Eligibility
- Muslim sahaja. Penginapan ini dikhaskan untuk tetamu Muslim.
- Pasangan bukan mahram tidak dibenarkan duduk sebilik. Non-mahram couples may not share a room.
2. Waktu Daftar Masuk & Keluar / Check-in & Check-out
- Daftar masuk (check-in): selepas 3:00 petang.
- Daftar keluar (check-out): sebelum 12:00 tengah hari.
3. Tempahan & Bayaran / Booking & Payment
- Tempahan dibuat melalui laman web rasmi.
- Deposit diperlukan untuk mengesahkan tempahan, dan resit deposit hendaklah dihantar dengan segera.
- Deposit akan dipulangkan sekiranya unit tidak tersedia.
- Deposit tidak akan dipulangkan jika pelanggan membatalkan tempahan.
- Tempahan melebihi 50 orang, sila hubungi kami terlebih dahulu.
4. Pertukaran Tarikh / Date Changes
- Pertukaran tarikh dibenarkan sekali sahaja, dan hendaklah dimaklumkan satu bulan sebelum tarikh tempahan (tertakluk kepada ketersediaan unit).
- Tarikh baharu hendaklah dalam tempoh 5 hari dari tarikh asal.
5. Deposit Keselamatan / Security Deposit
- Deposit keselamatan RM100 diperlukan sebelum daftar masuk.
- Deposit akan dipulangkan dalam tempoh 2 hari selepas daftar keluar, sekiranya tiada kerosakan, kehilangan, atau daftar keluar lewat tanpa kebenaran.
6. Caj Daftar Keluar Lewat / Late Check-out Charges
Caj dikenakan bagi setiap jam selepas 12:00 tengah hari:
- Balau, Resak — RM20 sejam
- Meranti, Merbuk, Berlian, Kapur, Cengal, Kempas, Jati — RM30 sejam
- Pine — RM40 sejam
7. Kemudahan Kolam / Pool Access
- Gelang tangan kolam disediakan secara percuma mengikut kapasiti unit.
- Tetamu melebihi kapasiti unit dikenakan RM20 seorang.
8. Peraturan Penginapan / House Rules
- Haiwan peliharaan tidak dibenarkan (no pets).
- Tidak dibenarkan menghisap rokok dan minuman keras di dalam unit. Denda RM30 akan dikenakan.
- Karaoke dibenarkan sehingga 11:00 malam sahaja, demi keselesaan tetamu lain.
- Sila jaga kebersihan dan keselamatan unit sepanjang penginapan.
9. Cukai / Tax
Semua penginapan dikenakan cukai SST mengikut kadar semasa yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kadar cukai akan dipaparkan pada invois anda.
10. Had Tanggungan / Limitation of Liability
Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang peribadi tetamu, atau sebarang kemalangan yang berlaku akibat kecuaian tetamu sendiri. Tetamu bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan harta benda semasa penginapan.
Hubungi Kami / Contact Us
Sebarang pertanyaan mengenai syarat dan polisi ini, sila hubungi kami melalui butiran yang tertera di halaman Hubungi Kami.